Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Hari ini, saya akan menceritakan serba sedikit tentang diri saya dan biodata diri saya.Nama yang diberi oleh ibu dan ayah saya adalah Mumtazah Binti Mohd Nasir dan nama panggilan saya adalah Mum tetapi ada sahaja yang mengelar diri saya dengan panggilan Mumtaz, dan Azah.Tetapi kebanyakkan sahabat-sahabat saya memanggil nama saya dengan panggilan Mum sahaaja dan ada yang tidak sengaja memanggil saya dengan nama "MOM". Saya berasal daripada Meru, Klang dan dibesarkan di Shah Alam bersama dengan enam orang adik-beradik.Saya merupakan anak yang paling bongsu dan paling tembam diantara yang lain serta saya antara yang paling manja dengan Ibu berbanding dengan yang lain. Seperti yang kita selalu dengar, anak bongsu adalah anak yang paling rapat dan akrab dengan ibu ataupun mereka selalu berkata "anak maklah ni!",begitu juga dengan saya kerana ke mana sahaja ibu saya pergi saya selalu menemaninya tetapi masa telah merenggangkan keakraban kami kerana saya telah melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.Walaupun jarak perjalanan antara rumah saya dan kolej saya tidak terlalu jauh tetapi kerana kesibukkan bekerja,ibu saya tidak dapat melawat saya pada hujung minggu dan masa yang saya dapatkan luangkan bersama ibu saya adalah pada hari saya dibenarkan balik bermalam.
Sekarang mari saya ceritakan berkenaan dengan kehidupan zamam persekolahan saya. Saya merupakan pelajar daripada Sekolah Menengah TTDI Jaya tahun ke 2011 hingga 2015. Ketika saya berada di tingkatan 1,keadaan di sekeliling saya nampak sangat berbeza berbanding dengan keadaan saya berada di sekolah rendah.Kawan-kawn sekelas saya telah berpindah ke sekolah menengah yang lain tetapi ada sahaja yang meneruskan persekolah di sekolah yang sama dengan saya.Di tingkatan 1, saya telah berkenalan dengan ramai kawan baru yang mempunyai banyak persamaan dengan diri saya.Saya mempunyai seorang kawan rapat yang saya kenal semenjak dari zaman tadika.Kawan saya yang saya sebutkan itu adalah Nabila dan ramai orang disekeliling saya yang memberitahu kami bahawa kami mempunyai rupa paras yang seakan-akan sama tetapi bagi kami rupa kami sangat berbeza. Kawan saya ini merupakan antara kawan yang saya sudah anggap seperti keluarga saya kerana dia sering memberi nasihat kepada saya sekiranya saya menghadapi kesulitan semasa belajar dan mempunyai masalah.Kami sering belajar bersama-sama di library yang berdekatan dengan kawasan rumah saya dan saya merupakan tempat dia merujuk sekiranya dia tidak memahami subjek matematik sementara saya merujuk kepada dia apabila saya tidak memahami tentang subjek sejarah.Kami tidak dapat berpisah dengan pekataan perbualan kerana setiap kali kami berjumpa,kami akan sentiasa membuka sesuatu cerita yang boleh meriangkan perbualan kami.
Sekaran mari kita beralih kepada zaman lepasan SPM.Walaupun keputusan SPM saya tidak memuaskan,tetapi saya tetap gembira kerana saya telah mencuba yang terbaik untuk memperolehi keputusan yang cemerlang.Walaupun begitu ,ianya tidak mematahkan semangat saya untuk melanjutkan pelajaran.Saya telah memohon untuk masuk ke program matrikulasi Selangor,Melaka,Negeri Sebilan dan Johor.Saya juga telah memohon untuk memasuki IPTA UITM. Setelah beberapa bulan selepas saya memohon, saya telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di UITM pahang dalam bidang diploma statistik.Saya juga telah menerima tawaran untuk meanjutkan plajaran di Kolej Matrikulasi Selangor dalam bidang sains.Setelah lama saya berfikir,saya telah mengambil keputusan untuk memilih matrikulasi sebagai jalan untuk saya memasuki universiti. Jadi bermulalah di sini,di mana saya telah mendaftarkan diri sbagai seorang pelajar Kolej Matrikulasi Selangor.
No comments:
Post a Comment