Wednesday, 17 August 2016

SAHABAT

                Assalamualaikum dan elamat sejahtera semua,harini saya ingin meceritakan tentang bertapa pentingnya hidup ini dengan adanya sahabat di samping kita.Sebelum saya memulakan penulisan saya,mari kita lihat adakah anda tahu apa itu sahabat...sahabat adalah orang yang sentiasa berada rapat degan kita ketika kita senang mahupun susah selain daripada ahli keluarga kita sendiri.Sahabat adalah mereka yang sedia untuk meminjamkan telinga mereka untuk mendengar duka kita dan ereka yang turut merasa kebahagian saat melihat kita senang dan gembira.Sahabat tidak semestinya sentiasa bekepit dengan kita tetapi ada disaat kita memerlukan mereka.


               Selesai sudah saya menjelaskan apa itu sahabat,sekarang mari saya jelaskan pula kenapa kita memerlukan sahabat dalam hidup kita.Pertama sekali, jika kita tiada sahabat dalam hidup ini, sudah tentu kita ada berasa sangat sunyi dimana kita tiada teman untuk berbual, bergurau senda, menangis bersama, belajar bersama dan bersandar antara satu sama lain.Jika kita perhatikan seseorang itu sering berjalan berseorangan,belajar berseorangan dan makan berseorangan pastinya kita juga turut merasakan kesunyiannya kita dapat merasa betapa sunyinya hidup dia tanpa sahabat di sampingnya.Pastinya perkara itu berkemungkinan akan memberikan impak negatif kepada orang itu tadi kerana dia tiada tempat untuk meluahkan segala yang terpendamnya kepada yang lain.Berkemungkanan juga perkara ini tejadi kerana dia merasakan tiada sesiapapun yang hendak berkawan dengannya krana dirinya mungkin serba kekurangan.


                Seterusnya,tanpa sahabat dalam hidup kita,pastinya kenangan manis dan pahit tidak dapat dicipta bersama dengan sahabat.Setiap kenangan yang kita peroleh tentunya akan kita simpan buat selamanya dan kenangan tersebut mungkin boleh membentuk peribadi seseorang ke arah yang lebih baik.Kenangan manis disi mungkin jugak kenangan dimana dua sahabat berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dan berjaya melajukan pelajaran ke bidang yang diharapkan....Kenangan pahit pula adalah seperti saat dimana dua sahabat ini jatuh  dalam keputusan peperiksaannya yang mungkin mereka sudah buat yang terbaik.Kenangan pahit ini akan menyebabkan perasaan ingin mengubah kenangan tersebut kepada kenangan yang dapat mengembirakannya...Ini bermakna mereka cuba meubah sesuatu untuk meendapatkan yang lebih baik.


               Selain itu, dengan adanya sahabat kita dapat belajar untuk berkomunikasi di antara satu sama lain di mana saya ingin menerangkan  bahawa sebelum terbentuknya suatu persahabatan itu...sahabat-sahabat kitani merupakan orang yang kita tidak kenal atau orang yang asing bagi kita.Jadi dengan adanya sahabat  seseorang itu dapat belajar untuk bertutur kata dengan orang lain yang pada asalnya bukanlah kenalan rapat kita.Apabila kita belajar untuk bertuur kata denganorang lain kita dapat meninkatkan lagi keberanian yang ada dalam diri kita di mana kita kita cuba untuk bergaul denagan orang baharu....Tanpa sesuatu komunikasi itu, jalinan tidak akan terbentuk kerana tida sesiapa yang akan memulakan biara.


               Konklusinya,dalam hidup ini kita mestilah mencari sahabat yang ada disaat kita susah dan senang.Tanpa sahabat kita adalah seorang yang mungkin dilaelkan sebaga sombong kerana kita tidak cuba untuk mencari sahabat yang baru.Tetapi sekiranya kita sudah bertemu deng sahabat yang baru,sahaat yang lama janganlah ditinggalkan kerana tanpa mereka kita tidak akan sampai ke tahap ini.

 Siang-siang makan buah markisa,
Dimkan bersama kawan-kawanmu,
Kau memang jauh dari sempurna,
Tapi aku bangga jadi sahabatmu.

Pagi hari baca suat khabar,
Siang hari baca kiriman surat,
Aku memang punya mantan pacar,
Tapi aku tak punya mantan sahabat.

Di atas langit ada awan,
Elok sekali ketika aku lihat,
Di antara banyaknya teman,
Engkaulah yang paling dekat.

Malam hari muncul rembulan,
Terlihat melintas ke arah barat,
Kau mungin punya banyak teman,
Tapi  tak tentu punya banyak sahabat.

Tangan kanan tagan kiri,
Kedunya memegang kartu,
Bintang hanya bersinar malam hari,
Sahabat bersinar setiap waktu.

Yang hidu pasti mati,
Dan takkan bisa hidup sepanjang waktu,
Engkaulah sahabat sejati,
Yang selalu ada untuk aku.

Membuat burger pakai acar,
Dipersembahkan untuk tamu,
Ketika kamu punya pacar,
Jangan pernah lupa akulah teman kamu.

Hari Raya Aidilfitri bersama roomates

\\
Classmateku yang paling tercinta
Beriadah di waktu petang bersama kawan sebilik
Hari Raya Aidilfitri


I have a pen,
My pen is blue,
I have a friend,
My friend is you.

Wednesday, 10 August 2016

BROCHURE



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...Dalam aktiviti Lab Sains Computer saya telah diberikan tugas untuk membuat brochure bekenaan dengan tajuk Information of Technology yang menjadi salah satu tajuk dalam silibus Sains Computer.Saya telah menggunakan microsoft Publisher untuk menyiapjan brochure ini...Di bawah ini adalah hasil daripada kerja saya.Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh lah  tinggalkan comment anda di bawah...Saya akan cuba membantu. ...








i-THINK MAP




Assalamualaikum dah selamat sejahtera,
Saya telah diberikan tugas dalam amali Sains Computer saya untuk membuat mind map bagi tajuk System Computer yang menjadi silibus dalam pembelajaran Sains Computer boleh diterapkan ke dalam i-Think Map.i-Think Map yang saya terapkan dalam membuaat nota ringkas bagi tajuk ini adalah brace map,bubble map dan flow map dan saya menggunakan poeer point untuk melasanakan tugas ini.







Peta minda yang saya guna untuk membezakan Bit dan Byte adalah Brace Map.


Peta minda yang saya gunakan untuk menerangkan cabang-cabang yang ada dalam Storage Capacity adalah Bubble Map.



Bagi merengkan tentang Information Processing Cyle peta minda yang saya gunakan adalah GBlow Map.

Thursday, 4 August 2016

KENALI DIRIKU (BIODATA)





Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

        Hari ini, saya akan menceritakan serba sedikit tentang diri saya dan biodata diri saya.Nama yang diberi oleh ibu dan ayah saya adalah Mumtazah Binti Mohd Nasir dan nama panggilan saya adalah Mum tetapi ada sahaja yang mengelar diri saya dengan panggilan Mumtaz, dan Azah.Tetapi kebanyakkan sahabat-sahabat saya memanggil nama saya dengan panggilan Mum sahaaja dan ada yang tidak sengaja memanggil saya dengan nama "MOM". Saya berasal daripada Meru, Klang dan dibesarkan di Shah Alam bersama dengan enam orang adik-beradik.Saya merupakan anak yang paling bongsu dan paling tembam diantara yang lain serta saya antara yang paling manja dengan Ibu berbanding dengan yang lain. Seperti yang kita selalu dengar, anak bongsu adalah anak yang paling rapat dan akrab dengan ibu ataupun mereka selalu berkata "anak maklah ni!",begitu juga dengan saya kerana ke mana sahaja ibu saya pergi saya selalu menemaninya tetapi masa telah merenggangkan keakraban kami  kerana saya telah melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.Walaupun jarak perjalanan antara rumah saya dan kolej saya tidak terlalu jauh tetapi kerana kesibukkan bekerja,ibu saya tidak dapat melawat saya pada hujung minggu dan masa yang saya dapatkan luangkan bersama ibu saya adalah pada hari saya dibenarkan balik bermalam.

     Sekarang mari saya ceritakan berkenaan dengan kehidupan zamam persekolahan saya. Saya merupakan pelajar daripada Sekolah Menengah TTDI Jaya tahun ke 2011 hingga 2015. Ketika saya berada di tingkatan 1,keadaan di sekeliling saya nampak sangat berbeza berbanding dengan keadaan saya berada di sekolah rendah.Kawan-kawn sekelas saya telah berpindah ke sekolah menengah yang lain tetapi ada sahaja yang meneruskan persekolah di sekolah yang sama dengan saya.Di tingkatan 1, saya telah berkenalan dengan ramai kawan baru yang mempunyai banyak persamaan dengan diri saya.Saya mempunyai seorang kawan rapat yang saya kenal semenjak dari zaman tadika.Kawan saya yang saya sebutkan itu adalah Nabila dan ramai orang disekeliling saya yang memberitahu kami bahawa kami mempunyai rupa paras yang seakan-akan sama tetapi bagi kami rupa kami sangat berbeza. Kawan saya ini merupakan antara kawan yang saya sudah anggap seperti keluarga saya kerana dia sering memberi nasihat kepada  saya sekiranya saya menghadapi kesulitan semasa belajar dan mempunyai masalah.Kami sering belajar bersama-sama di library yang berdekatan dengan kawasan rumah saya dan saya merupakan tempat dia merujuk sekiranya dia tidak memahami subjek matematik sementara saya merujuk kepada dia apabila saya tidak memahami tentang subjek sejarah.Kami tidak dapat berpisah dengan pekataan perbualan kerana setiap kali kami berjumpa,kami akan sentiasa membuka sesuatu cerita yang boleh meriangkan perbualan kami.

    Sekaran mari kita beralih kepada zaman lepasan SPM.Walaupun keputusan SPM saya tidak memuaskan,tetapi saya tetap gembira kerana saya telah mencuba yang terbaik untuk memperolehi keputusan yang cemerlang.Walaupun begitu ,ianya tidak mematahkan semangat saya untuk melanjutkan pelajaran.Saya telah memohon untuk masuk ke program matrikulasi Selangor,Melaka,Negeri Sebilan dan Johor.Saya juga telah memohon untuk memasuki IPTA UITM. Setelah beberapa bulan selepas saya memohon, saya telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di UITM pahang dalam bidang diploma statistik.Saya juga telah menerima tawaran untuk meanjutkan plajaran di Kolej Matrikulasi Selangor dalam bidang sains.Setelah lama saya berfikir,saya telah mengambil keputusan untuk memilih matrikulasi sebagai jalan untuk saya memasuki universiti. Jadi bermulalah di sini,di mana saya telah mendaftarkan diri sbagai seorang pelajar Kolej Matrikulasi Selangor.